"Demi Mu Pahlawan Ku"

Kempen Tabung Pahlawan Yayasan Veteran ATM

Mereka Pernah Berjuang Demi Keamanan Kita Suatu Ketika Dulu. Kini Masanya Kita Pula Bantu Mereka Berjuang Untuk Teruskan Hidup.

LATAR BELAKANG
YAYASAN VETERAN ATM

Yayasan Veteran ATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan. Yayasan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

MATLAMAT YAYASAN

Yayasan Veteran ATM ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan Yayasan.

OBJEKTIF KEMPEN TABUNG PAHLAWAN

Memupuk kesedaran di kalangan masyarakat agar sentiasa prihatin dan menghargai pengorbanan Veteran ATM sejajar dengan jasa dan pengorbanan para Veteran ATM.

Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia terutama di kalangan generasi muda dan belia dengan penyampaian maklumat dan bersua muka melalui program-program kesedaran serta program patriotik.

Mendapatkan dana kepada Veteran ATM dan tanggungan yang memerlukan (selain daripada Bantuan / Skim Kebajikan yang tidak disediakan oleh Kerajaan) melalui sumbangan Syarikat Korporat, Agensi Kerajaan /Swasta dan Masyarakat.

visi

Peneraju Utama Kesejahteraan Veteran ATM.

misi

Memberi Khidmat Pengurusan Yang Cekap, Dinamik Dan Professional Kepada Veteran ATM.

SEJARAH KEMPEN TABUNG PAHLAWAN

Pada tahun 1950, Kempen Tabung Pahlawan ini telah bermula dan dikendalikan oleh Persatuan Bekas Tentera Malaya, yang dahulunya dianggotai oleh Bekas Tentera British. Ia juga dikenali sebagai Poppy Day serta telah menggunakan lambang Bunga Poppy.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, namanya telah ditukar kepada Rayuan Hari Pahlawan yang mana penganjurannya turut disertai oleh Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

Pada tahun 2019, Rayuan Hari Pahlawan telah sepenuhnya dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM serta Yayasan Veteran ATM, dan namanya telah ditukar sebagai Kempen Tabung Pahlawan.

Sejak itu, kempen ini menggunakan lambang Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan.

Inisiatif Tabung Bantu Pahlawan

Kempen Tabung Pahlawan dijalankan bermula 31 Julai 2023, seiring dengan tarikh keramat Hari Pahlawan Negara.

Kempen Tabung Pahlawan juga akan berjalan sehingga bulan Julai tahun 2024 untuk :

8 JENIS BANTUAN KAMI KEPADA PARA VETERAN ATM

Bantuan Kebajikan Am

Bantuan Lampin Pakai Buang

Bantuan Susu Khas

Sumbangan Pendahuluan Bantuan Peralatan Perubatan

Bantuan Kepada Anak - Anak Veteran ATM Kurang Berkemampuan

Pendahuluan Dana Bencana Alam

Insentif Pendidikan

Operasi 6 Panel Dialisis Yayasan Veteran ATM

0
VETERAN ATM ADALAH DALAM KATEGORI B40
0
Veteran ATM Berdaftar Dengan JHEV ATM
0
Veteran ATM Berpencen
0
Veteran ATM Tidak Berpencen
0
Orang Tanggungan (Pencen Terbitan)

ANTARA VETERAN ATM YANG KAMI BANTU

Veteran T 813949 Suzuki bin Ismail

Beliau menghidap penyakit strok dan terlantar, telah menerima Bantuan Susu Ensure Gold sebanyak 45 tin berjumlah RM 4,162.50.

T551843 Mohd Ghazali bin Haji Muda

Beliau menghidap penyakit saraf dan strok. Pihak JHEV ATM telah meyumbangkan peralatan pesakit, serta tilam udara baru yang lebih selesa.

Encik Zainuddin bin Zakaria

Beliau telah ditimpa kemalangan 13 September 2013. Nahas itu telah menyebabkan beliau mengalami masalah left parietal acute subdural haemorrhage (SDH) and left temporal bone fracture. Beliau tidak boleh makan dan hanya bergantung kepada susu formula yang dinasihatkan oleh doktor pakar.

Encik Aminudin bin Mat Yaacob

Beliau menghidap penyakit kanser paru-paru, asma dan terlantar telah menerima Bantuan Lampin Pakai Buang One-Off.

Encik Stephen Gasak anak Damek

Beliau menghidap penyakit kanser hidung dan menerima bantuan susu Ensure Gold sebanyak 39 tin.

Encik Mohd Najmin Fahmi bin Lokman

Pihak JHEV ATM telah membuat lawatan kebajikan dan penyerahan sumbangan. Beliau lumpuh sepenuhnya dan tidak sedarkan diri akibat daripada strok.

CABARAN YANG KAMI HADAPI UNTUK MELAKSANAKAN MISI INI

Kempen Tabung Pahlawan adalah medium kami bagi meraih dana tambahan untuk disalurkan kepada veteran ATM dibawah pantauan kami.

Namun, berat cabaran yang kami perlu hadapi untuk menjayakan kempen ini.

Mereka pernah satu ketika menjadi benteng keamanan untuk kita. Masanya kita pula bantu mereka melangsungkan hidup.

Salurkan sumbangan anda melalui:

5643 4262 2956

Yayasan Veteran ATM

Untuk maklumat lanjut hubungi Hotline :

Tabung Pahlawan

RM30.00RM30,000.00

SKU: N/A Category:

Sebarang aduan/pertanyaan sila lengkapkan ruangan aduan/maklumbalas di pautan ini : www.jhev.gov.my/aduan

© Copyright 2023 by Yayasan Veteran ATM | Powered by KNKV Group Sdn Bhd

Scroll to Top